Thursday, March 29, 2012

Pelajar cacat penglihatan hidap ketumbuhan otak dapat 10A dalam SPM

Visually impaired candidates score strings of As

LOK Weng Hang, who is partially blind, did not expect to get any A+ in the SPM.
Weng Hang from SM Pendidikan Khas Setapak in Selangor, scored eight As, including 4A+, in SPM and is now looking forward to entering Form Six.
Hard at work: (from left) Harnizah, Weng Heng, and 7A scorer Amirullah Muda discussing a matter during their IT training at the St Nicholas Home in Penang
“I will probably go to SMK St John in Kuala Lumpur and apply for a local university after that,” he said.
He was registered under the special students category for the examination.
“I took nine subjects and though I did target As, I did not expect to get any A+,” he said.
Harnizah Khalid Yunos, who is also partially blind, said she was very happy with her six As even though other people may not consider this to be a great result.
“I met my target; so I am very grateful. My school SMK Badin in Tuaran is in a very rural area where we only have the basic necessities,” she said.
“Furthermore, most of my schoolmates are normal students so for me, this is a great achievement,” the plucky lass from Sabah said.
She said although her mother was uneducated, the cleaning lady had always stressed the importance of education to her.
“She wants to hold a small thanksgiving kenduri when I get back,” she said.
Harnizah, who hopes to become a teacher one day, is praying for a generous soul to donate a laptop to her.
“I am now learning to use the computer for the first time in my life and I hope that someone can help me,” she said.
The two 20-year-olds are currently undergoing an IT course at the St Nicholas Home in Penang.
The home’s IT trainer Amir Teh said there were 22 SPM special students who received their re-sults by phone yesterday.
                        Narayana: I hope to pursue an accountancy programme
“The students are here to learn how to use a computer to prepare them for their tertiary education later,” he said.
Those keen on helping Harziah can call the home at 04-2265911.
The other special students who performed well were Eugenia Cheah Lyngene from SMK Convent Pulau Tikus, S. Narayana Samy from SMK Haji Zainal Abidin and Regina Hoo from SMK (P) St George.
St George principal Shariffah Afifah Syed Abbas said she was very proud of Regina, who obtained seven As despite being partially blind.
Narayana, who got five As and three Bs, said he was keen on pursuing his studies in accountancy.


Pelajar cacat penglihatan hidap ketumbuhan otak dapat 10A dalam SPM

23/03/2011

KUALA LUMPUR: Bagi sesetengah orang, masa depan bertukar kelam apabila kehilangan pancaindera yang digunakan untuk menempuh kehidupan seharian. 

Namun berbeza dengan Tang Kah Hung, 20, hidup tanpa dapat melihat tidak langsung dijadikan penghalang bagi mencatat keputusan cemerlang 6A+, 3A dan 1A- dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2010.
Kejayaan itu lebih manis apabila beliau muncul pelajar pertama Sekolah Menengah Pendidikan Khas (Cacat Penglihatan) Setapak yang memperoleh keputusan semua A dalam SPM, sejak ia ditubuhkan pada 1974.
Kisah hidup pelajar itu sebenarnya menyentuh perasaan, namun perwatakannya yang ramah dan sentiasa optimis amat mengagumkan semua yang melihatnya. 

Anak muda itu yang lebih senang disapa Jason, memberitahu pemberita di sini beliau disahkan menghidap ketumbuhan otak pada usia 16 tahun dan langsung tidak menyangka penyakit itu mampu merubah kehidupan beliau untuk selama-lamanya. 

Jason berkata, beliau mula merasa sakit leher ketika di tingkatan dua, namun bapanya berkata ia berpunca daripada kegemarannya bermain komputer. 

"Bila naik tingkatan tiga keadaan menjadi lebih teruk apabila saya mula muntah-muntah. Namun apabila saya mengadu pada bapa, dia kata mungkin saya salah makan...dari situ saya rasa diri saya biasa-biasa saja. 
"Di tingkatan empat, bila saya bangun tidur di suatu pagi penglihatan jadi sempit dan saya mula tak boleh agak dimensi...tapi tak cakap dengan ibu bapa lagi sehinggalah saya demam dan ibu bawa saya ke klinik. Saya lihat cermin dan saya hanya nampak hidung saya sebelah kanan saja," katanya. 

Apabila membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Subang Jaya, anak bongsu daripada dua beradik itu disahkan menghidap ketumbuhan otak dan doktor memberinya dua pilihan: mata atau nyawa. 

"Saya pilih mata sebab saya nak hidup lagi dan kemudian menjalani pembedahan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia...saya jadi buta sepenuhnya," katanya.

Bosan duduk di rumah, tiga bulan selepas itu, Jason membuat keputusan untuk belajar semula dan mendaftarkan diri untuk belajar "braille" di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) selama setahun sebelum masuk ke sekolah. 

Memandangkan dirinya seorang yang ramah, Jason tidak mempunyai masalah membiasakan diri dengan rakan-rakan dan persekitaran yang baru. Pada ujian percubaan SPM, beliau memperoleh 9A dan 1B. 

Tidak meninggi diri, Jason berkata, beliau mula membuat persediaan menghadapi SPM pada bulan Jun dan mengakui tempoh itu sudah agak lambat. 

"Sudahlah saya perlu menggunakan braille, tapi saya percaya dengan konsep belajar dengan bijak maka saya rasa boleh berjaya," katanya. 

Ditanya apa perancangannya selepas ini, anak muda itu terdiam sejenak. 

"Jujurnya saya belum tahu tapi saya berharap agar kerajaan dapat memberi bantuan kepada saya dan rakan-rakan lain yang mendapat keputusan cemerlang untuk melanjutkan pelajaran. 

"Saya nak belajar dalam bidang pendidikan. Saya nak jadi guru...sebab saya percaya apa-apa pun mula daripada asas. Guru ajar dari peringkat bawah, boleh bentuk murid. Dapat keputusan baik pun sebab banyak dapat dorongan daripada guru. 

"Sekurang-kurangnya boleh bantu kumpulan yang sama cacat penglihatan seperti saya. 

"Pesan saya kepada rakan-rakan senasib di luar sana, jangan putus asa, belajar dengan bijak, ujian percubaan paling penting, baca buku...rangka nota dan cuba jawab soalan." - BERNAMA


No comments:

Post a Comment